Polis Selangor

Polis Selangor arah ketua balai kenalpasti penduduk perlu bantuan

Polis Selangor akan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan akibat tekanan kewangan berikutan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah di negeri itu bermula hari ini.

Ketua polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah mengarahkan ketua-ketua balai untuk mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan, kemurungan atau masalah lain.

Polis Selangor

“Daripada sini selepas kita kenal pasti, kita akan facilitate mereka ni untuk bantu menghubungkan mereka dengan jabatan-jabatan kebajikan masyakat, pusat zakat dan sebagainya,” katanya dalam wawancara dengan Media Selangor, semalam.

Dia ditanya bagaimana bantuan boleh disalurkan kepada individu yang mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka, berikutan PKPD yang bermula hari ini.

PKPD selama 14 hari akan berlangsung sehingga 16 Julai melibatkan 34 mukim di Selangor, termasuk seluruh wilayah Petaling.

Sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.

Arjunaidi berkata, orang ramai juga boleh menghubungi balai polis terdekat pada bila-bila masa untuk meminta bantuan.

“Kalau ada jiran dan sebagainya menghadapi masalah, minta hubungi kita dan kita akan bantu untuk facilitate mereka ni bagi mendapatkan bantuan.

“Tak kira dari segi kewangan, ataupun kalau bantuan dari segi kaunselling dan sebagainya, kita akan cuba apa yang kita boleh,” katanya.

Berita Penuh: https://www.malaysiakini.com/news/581518

Jika Anda Terlepas: Lebih ramai bakal diberi kelonggaran untuk melancong

CATEGORIES