Polis rampas 1,900 sijil vaksin palsu dikeluarkan klinik swasta di Marang

Polis rampas 1,900 sijil vaksin palsu dikeluarkan klinik swasta di Marang.Polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu, apabila merampas hampir 100 sijil bercetak serta menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di Marang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJK).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat diterima mengenai kegiatan penipuan disyaki membabitkan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik vaksin atau antivaksin.

Beliau berkata, suspek disyaki melakukan urusan penjualan itu secara dalam talian sejak September lalu, dengan setiap sijil dikata dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

“Setakat ini, ada kira-kira 1,900 individu dipercayai mendapatkan sijil itu dan kita sedang menyiasat sama ada kesemuanya tulen atau sebaliknya.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dokumen berkaitan, kad janji temu vaksinasi, komputer riba, telefon dan lain-lain.

“Siasatan akan dijalankan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menilai dan membuat pemeriksaan terhadap aplikasi MySejahtera individu terbabit,” katanya.

Polis rampas 1,900 sijil vaksin palsu dikeluarkan klinik swasta di Marang

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini. Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, turut hadir.

Polis rampas 1,900 sijil vaksin palsu dikeluarkan klinik swasta di Marang

Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, hasil siasatan mendapati suspek memperoleh kebenaran pada September tahun lalu untuk memberi suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, suspek dipercayai menghebahkan kegiatan itu menerusi dalam talian, dengan hasil siasatan awal mendapati ada dokumen turut membabitkan pelanggan dari Kedah dan Kuala Lumpur.

“Tidak logik mereka datang ke Terengganu untuk mendapatkan suntikan vaksin di sebuah klinik di Marang, dan itu adalah antara faktor disiasat KKM.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rohaimi berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia bukan saja disyaki membabitkan penipuan tetapi juga berkait bencana atau musibah kesihatan kepada masyarakat umum

Beliau sekali gus memberi amaran, polis akan meneruskan operasi bersama KKM untuk mengesan sebarang kegiatan seumpama itu di lokasi lain.

BACA JUGA : 10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal
Hati-hati !!! Obor-obor kecil comel ini tetap beracun walaupun sudah mati

 

Diberi tugas jaga veteran Pas, ini respon Mokthar Senik

Artikel ini disiarkan pada 10/01/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Polis rampas 1,900 sijil vaksin palsu dikeluarkan klinik swasta di Marang […]