Polis kesan orang Kelantan berjaya menyelinap ke bazar Ramadan di Terengganu

Polis kesan orang Kelantan berjaya menyelinap ke bazar Ramadan di Terengganu

Polis mengesan rata-rata penduduk di daerah ini sanggup menggunakan laluan tikus di sempadan Kelantan semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan di Terengganu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati, terdapat beberapa lorong tikus yang menjadi tumpuan dan kegunaan penduduk di daerah ini untuk merentas negeri menuju ke bazar Ramadan di Jerteh dan Kuala Besut.

Katanya, kebanyakan daripada mereka didapati memandu kereta malah ada yang menunggang motosikal untuk ke bazar Ramadan di negeri tersebut.

“Selain berkunjung ke bazar Ramadan, individu yang ingkar arahan dengan merentas negeri juga dipercayai bertemu dengan ahli keluarga mereka di dua lokasi itu.

“Sehubungan dengan itu, kita telah menutup semua laluan yang menghubungkan negeri Kelantan dan Terengganu di daerah ini. Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan menggunakan laluan tikus tidak akan dimaafkan lagi selepas ini,” katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Gong Jenarah, Gaal di sini hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/04/23/orang-kelantan-menyelinap-ke-bazar-ramadan-di-terengganu/