Polis dedah aktiviti suntik air suling demi dapatkan sijil vaksinasi

individu

Polis dedah aktiviti suntik air suling demi dapatkan sijil vaksinasi.Polis Terengganu mendedahkan terdapat individu yang sanggup disuntik dengan air suling, asalkan dapat memperoleh sijil vaksinasi Covid-19 daripada seorang doktor klinik swasta yang didakwa melakukan kegiatan itu di Marang.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan 23 individu daripada pelbagai latar belakang, yang kesemuanya telah memiliki sijil vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera, namun mengakui tidak mendapatkan suntikan sebenar.

“Ada di antara mereka mengaku mengambil suntikan air suling atau air garam dengan alasan kononnya mereka tetap mendapatkan suntikan cuma tidak mengandungi vaksin Covid-19,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan siasatan membabitkan kes seorang doktor yang didakwa mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 tanpa suntikan sebenar di klinik swasta di Marang.

Katanya setakat ini, siasatan polis mendapati 1,223 nama individu yang berurusan dengan klinik berkenaan telah dihantar kepada pihak vendor untuk dikeluarkan sijil vaksinasi melalui MySejahtera.

Polis dedah aktiviti suntik air suling demi dapatkan sijil vaksinasi

“Pihak klinik telah menghantar nama mereka kepada vendor untuk dimasukkan dalam MySejahtera, tapi polis percaya tak semua penama ini telah mendapatkan suntikan sebenar,” katanya.

Rohaimi berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa sijil vaksinasi yang telah dikeluarkan klinik doktor berkenaan sudah disekat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiada lagi kesahan pada sijil yang dikeluarkan oleh klinik berkenaan dan polis juga mendapat kerjasama daripada pihak majikan yang mengesyaki pekerja mereka terlibat dengan kes klinik itu.

“Ada pelbagai kategori individu dipercayai terlibat termasuk kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat besar dan ada golongan yang tidak bekerja,” katanya.

Pada 8 Jan lalu, seorang doktor lelaki berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19, tanpa suntikan sebenar dengan mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya.

BAC JUGA : Neelofa akhirnya dedah tarikh bakal bersalin, 8 bulan kunci mulut
Dakwaan tidur sebilik dengan teman lelaki, Janna Nick akhirnya buka mulut
Gelagat pelajar pakai baju besar mulanya cuit hati, tapi bila tahu kisah sebenarnya ramai pilu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)