Polis arah individu tak lengkap dos vaksin berpatah balik

Polis arah individu tak lengkap dos vaksin berpatah balik. Kemasukan kenderaan dari Lembah Klang, Pantai Timur, Selatan dan Utara tanah air ke negeri ini didapati meningkat sebanyak 20 peratus, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kenderaan terbabit dikesan masuk melalui tiga daerah iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Katanya, peningkatan kenderaan pada hari pertama rentas negeri dibenarkan berikutan ramai perantau mula balik berikutan sudah lama tidak pulang ke kampung.

BACA JUGA : Kelantan akan ambil tindakan pada kakitangan terutama wanita berpakaian ketat

“Mereka ini masuk menerusi empat sekatan jalan raya (SJR) yang masih lagi dibuka iaitu dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli serta Pasir Puteh.

“Hasil pemeriksaan pegawai dan anggota SJR, individu yang pulang ke kampung ini, kita dapati mereka lengkap dua dos vaksin seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Namun, SJR Bukit Yong di Pasir Puteh mengesan satu kes tidak lengkap vaksinasi dan mahu pulang ke Kelantan, tetapi diarahkan berpatah balik ke tempat asal,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di SJR Bukit Yong, di sini.

BACA JUGA : FTTIS : Walaupun pengumuman Khairy agak lewat, namun tetap disambut baik

Shafien berkata, anggota polis akan membuat pemeriksaan rambang bagi memastikan tiada cubaan individu tidak lengkap dos vaksin untuk pulang ke kampung.

“Pihak kita mengesan ramai orang Kelantan dari luar masuk ke negeri ini, berbanding yang mahu keluar Kelantan.

“Ini menunjukkan orang yang ada di dalam Kelantan masih tidak mahu keluar dari negeri kemungkinan kerana kes Covid-19 masih lagi tinggi.

BACA JUGA : Panas !!! Deepak saman 2 pengarah syarikat, dakwa bersekongkol dengan Najib,Rosmah

“Kita nasihatkan kepada semua supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Pihak kita tidak mahu akibat kelalaian menyebabkan kes kembali meningkat,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/765089/individu-tidak-lengkap-dos-diarah-berpatah-balik-di-pasir-puteh

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Polis arah individu tak lengkap dos vaksin berpatah balik […]