Polemik ‘tolak bajet’ akhirnya menguntungkan Umno

Polemik ‘tolak bajet’ akhirnya menguntungkan Umno

Bekas pengarang akhbar A Kadir Jasin berkata, UMNO bakal meraih faedah atas kelulusan Belanjawan kerajaan kerana parti itu akan mengeksploitasi kelemahan kerajaan Perikatan nasional (PN).

Kadir berkata, jika usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal dibentangkan, maka kerajaan “lemah” yang mempunyai majoriti kecil di Parlimen akan kekal dan Muhyiddin terus mentadbir negara “tanpa keabsahan”.

“Dalam keadaan itu, pemerintahan negara akan terus tidak bermaya dan keyakinan terhadapnya, khususnya dalam kalangan pelabur asing dan agensi penarafan antarabangsa akan terus lemah.

“Ekonomi akan terus ketumpahan darah dan rakyat jelata menderita,” katanya selepas Belanjawan 2021 diluluskan dengan 111 undi menyokong, 108 tidak menyokong dan satu tidak hadir.

Bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu berkata, inilah suasana yang diinginkan oleh pesaing PN, terutamanya UMNO.

“Ia adalah (isu) di hadapan sekali dalam mengeksploitasi kelemahan kerajaan PN, sambil meraih faedah melalui penyertaan dalam kerajaan,” katanya dengan menambah bahawa bagi UMNO, PN hanyalah kuda tunggangan.

Katanya beliau percaya, UMNO akan cuba untuk kembali berkuasa melalui pilihan raya umum ke-15, tetapi prospek parti itu malap sekiranya terus bergantung pada “pemimpin kleptokrasi” yang ada sekarang.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/18/belanjawan-muhyiddin-lulus-tetapi-umno-raih-faedah-kata-kadir-jasin/