Seorang peniaga buah potong yang terkenal di media sosial, dikenali sebagai ‘Pok Cik Colek Bismillah’ atau nama sebenarnya Jihad Husin, dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Rabu.
Berita pilu ini disampaikan oleh anaknya melalui satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @colekbismillahhq.
Dalam perkongsian itu, anak arwah memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dan mengirimkan Al-Fatihah buat Allahyarham yang telah meninggal dunia pada jam 8.35 pagi.
“Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya,
Pok Cik Bismillah yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini,” ujar anaknya dalam hantaran tersebut.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi datang daripada orang ramai yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman serta diberkati.
Kepergian ‘Pok Cik Bismillah’ meninggalkan kesan mendalam, terutama dalam kalangan pengikutnya yang sering terhibur dengan keunikan dan keceriaan yang dibawanya.
BACA:Anak sulung Zahnita Wilson dedah perangai sebenar ibunya