PN lebih baik fokus pada harga barang berbanding gambar Syed Saddiq

Saya nak pesan kepada orang UMNO dan PAS dan segelintir Bersatu supaya tak terlalu memberi fokus pada api yang tidak menyala ketika YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengacau bubur yang sudah siap dimasak.

Sewajarnya kerajaan Perikatan Nasional perlu turun kebawah dan memantau harga barangan khususnya barang basah. Harga santan, ayam dan barangan basah lain naik mendadak.

Bayangkan harga santan dari RM5 sekilo naik mencecah RM10 ke RM12. Kasihan mereka yang susah dan tidak berkemampuan untuk berbelanja. Apakah isu api itu jauh lebih besar daripada belanja rakyat yang tidak menentu dikala ini?

Sudah jadi kerajaan buatlah kerja kerajaan. Kalau nak cari kesalahan, dulu pun Najib Razak susun bata tak betul ketika 1 majlis rasmi. Kalau minta dia siapkan mahu runtuh rumah tersebut.

Khalas

Muhammad Syafiq Azmi

Sumber: