PN Johor bidas MB berdiam diri isu lantikan ketua kampung

PN Johor bidas MB berdiam diri isu lantikan ketua kampung

Perikatan Nasional (PN) Johor membidas tindakan Menteri Besar, Hasni Mohammad berdiam diri berhubung isu pelantikan ketua kampung di negeri itu yang dilihat dinominasi Umno.

Setiausaha PN Johor, Sahruddin Jamal berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Pejabat Menteri Besar Johor berkaitan isu berkenaan.

“Mengapa menteri besar berdiam diri, itu saya tidak pasti dan boleh tanya kepada dia,” katanya yang juga setiausaha PPBM Johor kepada FMT.

PPBM sudah menghantar surat bertarikh 25 Feb lalu kepada Hasni untuk memohon penangguhan pelantikan ketua kampung.

Surat berkenaan turut meminta PPBM diberi ruang berbincang dengan menteri besar berhubung lantikan ketua kampung sebelum kerajaan negeri membuat pelantikan rasmi.

Pada 1 Mac lalu, FMT melaporkan isu pelantikan ketua kampung di Johor kecoh selepas surat pelantikan yang tular di media sosial didakwa sesetengah pihak sebagai tidak adil dan hanya berpihak kepada satu parti.

Antara surat pelantikan menggunakan kepala surat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Khidmat Pengurusan yang banyak ditularkan dari daerah Kulai, Kluang, Tangkak dan Kota Tinggi.

Surat pelantikan itu turut disertakan nama ketua kampung dan nombor pengenalan individu berkenaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/08/pn-johor-bidas-mb-diam-isu-lantikan-ketua-kampung/