PN guna duit rakyat dalam KWSP untuk tampung hutang

Kerajaan akan membiayai suntikan fiskal Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi hutang domestik antaranya melalui KWSP. Apa yg saya faham, duit KWSP itu duit rakyat. Kerajaan akan berhutang dgn KWSP(rakyat). Pada zahirnya hutang yg dibuat kerajaan itu utk kepentingan rakyat tetapi bimbang pakej-pakej itu disalahguna utk kenyangkan perut ahli-ahli politik bawahan, syarikat-syarikat kroni, projek-projek yg dapat menguatkan parti, kedudukan, pengaruh dan seumpamanya. Ia mengalir juga kepada rakyat tetapi hanya dalam jumlah yang sedikit saja disamping terhad kepada golongan tertentu. Hanya gah dari sudut angka berbilion ringgit tetapi bantuan tak sampai kepada rakyat.

Hutang tersebut akan dibayar oleh kerajaan. Jika kerajaan tak pandai cari duit, tiada pelaburan dan pendapatan, kerajaan akan mengutip cukai dari rakyat. Rakyat akan terus ditekan. Bukan shj utk membayar hutang ttp menanggung segala gaji, alaun menteri, duta khas dan serba makniko dgn duit rakyat. Jadilah rakyat hamba kepada ahli politik, kroni kapitalis dan peniaga-peniaga kuasa…

Itulah hakikat perjuangan ahli politik negara kita. Bukan semua tetapi itulah perjuangan kerajaan PN pada asasnya. Mulut rakyat boleh ditutup dgn jaminan syurga dari ulamak, perjuangan retorik perkauman, gula-gula politik atas nama bantuan prihatin bagai diberi sekali one off dan duit kopi bila hampir pilihanraya..

Sumber :