Sejak menerajui kerajaan, segala perkara mengenai hal Perdana Menteri akan diteliti oleh rakyat Malaysia.
Pakaianya, jam tangannya, keretanya, sehinggalah rumahnya.
Terbaru, rakyat Malaysia selidik jenis jam tangan yang Anwar pakai.
Anwar didapati memakai jam tangan edisi terhad Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
jenama Casio G-SHOCK dipercayai
berharga RM699 ketika muncul pada program ‘Naratif Khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim’ di TV1.
Kerjasama pertama di antara G-SHOCK dan FAM iaitu jam tangan GA-2000FAM-1A9 telah dilancarkan pada 31 Mac 2021.
Atas sambutan yang menggalakkan jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK dan FAM, iaitu GA-900FAM-1A9 telah dilancarkan pada 10 November 2021.
baca:Syiling lama dijual RM69.6 juta ini kisah di sebaliknya