PM umum tol percuma, cuti extra sempena Raya. Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok,
Rabu 19 April hingga Jumaat 21 April dan pada Isnin 24 April, sempena sambutan Aidilfitri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya membabitkan 33 lebuh raya utama negara.
Kerajaan juga bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk pulang beraya ke kampung halaman.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ianya memandangkan pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada Khamis ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Beliau berkata, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 21 April, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.
Dato Seri Anwar turut menyatakan sejumlah bahan mentah diberi diskaun khas berasaskan kejayaan inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.
Turut dilaksanakan ialah diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini.
Semua saman polis itu, tambahnya, akan dikenakan kompaun RM50 sahaja.
Bagaimanapun menurut ahli parlimen Tambun itu lagi, tawaran tersebut tidak terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun ini.
BACA:
Bekas isteri Achraf Hakimi berputih mata tuntut harta sepencarian, sekali ibu dedah situasi sebenar
Ini 10 pesanan Nabi Muhammad tentang Ulama Jahat akhir zaman