PM Thailand nyaris tersingkir ekoran undi tidak percaya

PM

PM Thailand nyaris tersingkir ekoran undi tidak percaya. Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dan lima menteri Kabinet terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen hari ini.

Prayut, yang juga Menteri Pertahanan, terselamat selepas menerima sokongan daripada pihak gabungan kerajaan dengan memperoleh 264 undi menyokong manakala 208 lagi membantah.

Ini adalah undi tidak percaya kali ketiga dibuat terhadap pemerintahan Prayut. Prayut berkuasa menerusi rampasan kuasa tentera pada 2014 dan dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihan raya 2019.

Menteri kabinet lain yang terlibat, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul; Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob; Menteri Pertanian Chalermchai Sri-on, Menteri Buruh Suchart Chomklin dan Menteri Ekonomi Digital dan Sosial, Chaiwat Thanakamanusorn.

PM

Pembangkang memerlukan 242 daripada 482 undi untuk menyingkirkan perdana menteri.

Parti-parti pembangkang Thailand pada Isnin memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan lima menteri kabinet selama empat hari, kerana mendakwa kerajaan gagal membendung wabak serta kerugian ekonomi dialami ekoran kelemahan pengurusan serta kempen vaksinasi kebangsaan yang perlahan .

Dalam perkembangan lain, sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 15,942 kes baharu Covid-19 dan 257 kematian, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,265,082 dan 12,631 korban sehingga kini.

Thailand turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2021 kepada 0.7-1.2 peratus berbanding 1.5-2.5 peratus jangkaan unjuran yang dibuat pada Mei.

Sementara itu, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan merancang untuk mengadakan lebih banyak demonstrasi untuk terus mendesak Prayuth agar berundur.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/750948/pm-thailand-selamat-daripada-undi-tidak-percaya

BACA: PH dakwa Peguam Negara derhaka, lupa titah Agong laksana usul undi percaya