PM percaya boleh beri kelonggaran rentas negeri beberapa minggu lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kelonggaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, ia ekoran sebanyak 81 peratus populasi dewasa ataupun 18.9 juta individu telah divaksin sehingga Rabu lalu.

“Ini yang ditunggu-tunggu, iaitu untuk rentas negeri apabila mencapai 90 peratus penduduk yang divaksinasi.

PM percaya boleh beri kelonggaran rentas negeri beberapa minggu lagi

“Kalau Rabu baru-baru ini dah 81 peratus, maknanya dah tak lama dah nak rentas negeri. Jadi bolehlah balik kampung jumpa ibu bapa, saya difahamkan ada dah setahun tak berpeluang jumpa ibu bapa dan sebagainya, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini.

Ismail Sabri pada Rabu lalu mengumumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan sekiranya 90 peratus penduduk dewasa telah divaksinasi berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Selain rentas negeri, pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan juga dibenarkan dibuka sekiranya mencapai kadar vaksinasi dewasa ditetapkan tersebut.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/24/rentas-negeri-beberapa-minggu-lagi/

BACA JUGA : Pondan mungkin dilarang masuk masjid di Wilayah Persekutuan – Timb Menteri Agama

COMMENTS

Wordpress (0)