PKPB : 10% sahaja pekerja di pejabat dan cuma 4 jam sahaja – Azmin

Kerajaan mengumumkan maksimum 10% pekerja tertentu dibenarkan untuk berada di pejabat selama 4 jam untuk 3 hari di kawasan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali, berkata pekerja tertentu itu merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), di peringkat pengurusan dan penyeliaan.

Mereka hanya dibenarkan berada di pejabat selama 4 jam – bermula 10 pagi sehingga 2 petang – untuk 3 hari seminggu.

“Majikan perlu menetapkan garis panduan bekerja dari rumah yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, 800,000 pekerja di sektor industri dan 200,000 penjawat awam di Selangor, Sabah, dan Wilayah Persekutuan bawah PKPB diarah kerajaan bekerja dari rumah, melihat kepada trend peningkatan kes Covid-19.

Arahan berkuatkuasa 22 Okt sehingga tempoh kawalan bersyarat tamat.

Pengecualian dibenarkan bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan, pengurusan, penguatkuasaan, dan kebajikan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/21/maksimum-10-pekerja-tertentu-berada-di-pejabat-4-jam-sahaja-kata-azmin/

COMMENTS

Wordpress (0)