PKP : Lepak di beranda rumah, lima ditahan

PKP : Lepak di beranda rumah, lima ditahan

Lima sekawan ditahan kerana kesalahan melanggar Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) .

Kesemua lelaki yang berusia antara 27 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Wa, di sini, kira kira jam 7 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, 10 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun menjalankan rondaan PKP di kawasan terbabit.

Ketika dihampiri pihak polis, kesemua mereka yang berada di beranda rumah berkenaan bertindak melarikan diri.

Menurut Baharudin, dua daripada mereka berjaya ditahan di rumah terbabit, manakala tiga lagi yang melarikan diri ke hutan berhampiran berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Polis turut menemui peralatan untuk menghisap dadah di rumah itu.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk tindakan lanjut.

Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan – peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Menurut Baharudin, seramai 24 orang telah didakwa sepanjang dua hari PKP fasa tiga berlangsung kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan PKP.

Berita penuh :http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ingkar-pkp-lima-sekawan-ditahan-lepak-di-beranda-rumah-238765