PKP : K’jaan patut umum bantuan tunai, moratorium automatik – Syed Saddiq

Sebentar tadi, kerajaan sudah mengumumkan PKP selama 14 hari bermula 13 Januari 2021, Rabu ini.

Saya cukup risau dan perlukan penjelasan dari kerajaan.

1. Kerajaan tidak menyediakan bantuan wang tunai kepada rakyat yang rata-ratanya terjejas teruk.

Kerajaan sudah tentu telah merancang lama perlaksanaan PKP ini. Bayangkan, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dikenakan PKP ketat dan memaksa orang ramai tidak boleh keluar kerja dan pendapatan mereka akan terjejas.

Bantuan wang tunai wajib diberikan dengan kadar segera.

2. Kerajaan tidak merancang untuk menyediakan moratorium seperti PKP tahun lepas.

Pengumuman kerajaan sebentar tadi tidak pun menyatakan apa-apa rancangan sama ada bantuan moratorium akan disediakan untuk rakyat.

Saya pasti dan saya percaya PKP ini walaupun diumumkan selama 14 hari, ia pasti akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan. Jadi, moratorium wajib diberikan seperti sebelum ini.

3. Pengumuman last minute

Saya juga rasa terkilan kerana sejak minggu lepas, YB Menteri Ismail Sabri kata jangan sebarkan khabar angin tentang PKP. Tapi, hari ni umum PKP juga.

Sepatutnya, minggu lepas pun kerajaan boleh umum PKP. Letak sahajalah tarikh perlaksanaan hujung minggu ini. Barulah rakyat, majikan, orang meniaga, syarikat kecil dan besar boleh susun dan rancang persediaan menghadapi PKP.

Umum hari ni dan laksanakan lusa adalah amalan last minute yang menyusahkan semua.

4. SOP belum dibentangkan lagi

Apabila pengumuman kerajaan tadi habis, kita dapat tahu satu benda.

SOP yang dibawah tanggungjawab MITI, KPT, KPM dan lain-lain masih belum diumumkan. Bila nak umum?

Semua orang kena rujuk dan patuh pada SOP tapi SOP pun belum bentang lagi.

Takkanlah Selasa esok baru nak bentang SOP padahal tengah malam esok dah mula PKP.

Tolonglah bantu rakyat memudahkan kerja dan teruskan kehidupan.

Saya tegur kerajaan kerana saya tahu rakyat tengah lapar, susah dan sakit. Rakyat tengah susah. Saya faham PKP ni kena buat tapi rancanglah elok-elok.

Saya jangka perlaksanaan kali ni akan bermasalah lagi kerana kerajaan tidak ada rancangan untuk memberi bantuan kepada rakyat dan SOP pun belum bentang lagi.

Doakan untuk Malaysia.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)