Pintu belakang : Mengapa Umno tidak bersungguh-sungguh di Kedah?

Minta sahabat-sahabat Pas mari pakat fikir sat.

Mengapa Umno tidak bersungguh rampas Kedah seperti di Perak ?

Dari segi politik Umno jauh lebih cerdik dan licik dari Pas. Pas pula asal Umno buat majlis dan suruh baca doa, itu sudah cukup besar penghormatan diberi.

UMNO tidak serius untuk rampas Kedah dari PH sebab kalau berjaya jatuhkan PH di Kedah, yang akan jadi MB dan kerajaan adalah Pas. Umno cuma ada 3 kerusi sahaja di Kedah. Bila kerusi MB diberi pada Pas, selepas PRU15 nanti andainya menang PN, Pas akan tuntut kerusi MB dan Umno terpaksa akur jadi perkara ini Umno tidak akan izinkan berlaku.

Di Kedah, kalau Umno nak depa bila-bila masa boleh tarik YB PPBM sekurang-kurang nya 3 orang. Tapi kenapa mereka tidak buat ? Inilah yang saya minta sahabat-sahabat Pas fikir kembali, sampai bila nak dikhianati oleh Umno ? Di Johor dan Perak, Pas diketepikan begitu sahaja dan di Pusat Pas diberi 3 Menteri yang tidak strategi.

Pas tidak diberi sebagai Menteri Pertanian atau Luar Bandar sebab Umno tahu kalau jawatan itu dapat kepada Pas, Pas akan berpeluang memperkuatkan pengaruh Pas diluar bandar. Sahabat-sahabat Pas yang saya kasihi tahu tak semua ini ? Sampai bila antum nak biarkan Umno khianati antum ?

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)