Pilihanraya PBT : Waktu DAP cadang haram sokong, sekarang sekutu Pas cadang apa hukum baru?

“DAP cadangkan pilihanraya PBT sebab nak halau Melayu, kite akan kalah di bando….. Melayu makin terpinggir” kata uHAHA dalam satu sembang pagi di Anjung Kuala, Kuala Kedah bersama Dato’ Amiruddin Hamzah, Hj Nasir Mustafa, Hj Saiedi Ramli dan saya sendiri pada tahun 2015 menjelang Muktamar tahunan di Kuala Selangor.

“Harom kita sokong cadangan DAP ni” fatwa uHAHA lagi.

Hari ni, Menteri KPKT (Bukan DAP, bahkan sanggup khianat PH kerana kononnya benci DAP walaupun dah makan gaji tiga penggal dengan kerjasama DAP) isytihar bahawa pilihanraya PBT akan diadakan tahun depan (2021), adakah ia polisi Kerajaan tebuk atap? Apakah Tuan Ibrahim yang mengangotai kabinet tak lawan ? Atau adakah Tuan Ibrahim setuju ? Atau adakah ……. (Banyak adakah?).

Ada dua kemungkinan; i) uHAHA menyembunyikan hukum ‘harom’ sehingga Tuan Ibrahim tak tau ATAU ii) uHAHA kata ‘harom’ hanya kerana dia tak dapat ‘kuasa’ lagi.

Itulah حلالنا حراكم – hampa buat haram, kami buat halal.

Sumber :