Pilih penjara kerana tak mampu bayar kompaun RM29

Pilih penjara kerana tak mampu bayar kompaun RM29.  Seorang penjaga tandas awam terpaksa memilih untuk dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda selepas didapati bersalah melanggar peraturan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Lelaki berasal dari wilayah Banten itu sebelum itu diarahkan untuk membayar denda berjumlah 100,000 rupiah (RM29).

Dia bagaimanapun mengakui tidak mampu membayar wang tersebut, lantas memilih hukuman penjara satu hari.

penjara

Kes tersebut adalah satu daripada hukuman yang dijatuhkan dalam sesi perbicaraan jenayah kecil yang diadakan di wilayah itu.

Sebanyak 40 penduduk menjalani perbicaraan, yang mana kesemua mereka ialah pesalah yang melanggar peraturan PPKM Darurat.

“Mereka ini berasal dari kalangan orang ramai termasuk peniaga, pemilik kedai dan pekerja.

“Mereka didapati melakukan pelbagai jenis kesalahan di bawah sekatan PPKM Darurat ketika serbuan pihak berkuasa dilakukan,” kata Ketua Polis Daerah Banten, Irjen Rudy Heriyanto.

Sementara itu, hakim bagi perbicaraan tersebut, Uli Purnama berkata, semua pesalah dikenakan hukuman yang berbeza-beza.

“Berdasarkan peraturan tempatan, hukuman yang dikenakan adalah denda berjumlah 100,000 rupiah (RM29) hingga 200,000 rupiah (RM58) atau penjara selama satu hingga tiga hari,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/09/pilih-penjara-kerana-tak-mampu-bayar-denda-rm29-langgar-sekatan-covid-19/

jika Terlepas: Pendedahan ejen ‘pintu belakang’, bayar untuk dapat vaksin segera