PIBGN tegur cadangan tukar guru tak divaksin ke negeri lain, tak selesai masalah

CADANGAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menukar guru-guru yang enggan menerima vaksin ke sekolah atau negeri lain perlu diperhalusi.

Presiden Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan pelaksanaannya perlu diteliti bagi menggelakkan pihak lain terbeban dengan permasalahan berkaitan jangkitan Covid-19.

Mohamad berkata, pihaknya bimbang pelaksanaan cadangan itu akan mengundang bebanan kepada sekolah terbabit.

PIBGN tegur cadangan tukar guru tak divaksin ke negeri lain, tak selesai masalah

“Jadi, ia tidak menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi permasalahan kepada pihak lain,” katanya kepada Malaysiapost.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa langkah yang dapat mengatasi permasalah kedegilan guru-guru tersebut terhadap pengambilan vaksin.

“Pertama, guru-guru ini perlu dipulihkan sebaiknya, iaitu menyiasat sekali lagi secara mendalam sebab apakah mereka masih berdegil untuk tidak menerima vaksin.

“Kedua, para agamawan dan pihak kesihatan perlu memainkan peranan untuk menasihati dan menjelaskan kepentingan vaksinasi ini maka kumpulkan guru yang menolak ini untuk diberikan lebih penerangan dan pemahaman.

“Ketiga, kalau boleh mereka yang degil ini diberi beban untuk mengajar sepenuhnya secara Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah tersebut dan menumpukan kepada pelajar yang tercicir, ketinggalan dan perlukan bimbingan ,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 hingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas, berkemungkinan akan ditukar ke sekolah atau negeri lain.

Justeru, katanya, kementeriannya sedang meneliti keperluan penukaran guru-guru berkenaan supaya tidak berinteraksi secara langsung dengan murid.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/27/tukar-guru-enggan-vaksin-tak-selesaikan-masalah-pibgn/

BACA JUGA : Panas !!! Ku Li mahu hidupkan kembali parti Semangat 46?

COMMENTS

Wordpress (0)