Phunsukh Wangdu dalam ‘3 idiots’ rupanya inspirasi daripada orang sebenar

Anda pernah menonton filem Hindi, 3 Idiots?Filem tersebut yang mula ditayangkan pada 2009 pernah mencetuskan fenomena di India malah di luar negara juga

tangga ke-12 filem paling digemari di China – dan di Malaysia, ia agak popular juga.

Jika anda pernah menonton filem tersebut, sudah tentu nama Ranchoddas atau Phunsukh Wangdu bukanlah asing buat anda.

Phunsukh Wangdu dalam '3 idiots' rupanya inspirasi daripada orang sebenar

Dalam artikel ini, Astro AWANI membawa anda mengenali individu bernama Sonam Wangchuk, insan sebenar yang menjadi inspirasi di sebalik terhasilnya 3 Idiots.

Berasal dari Ladakh, jurutera dan individu genius ini telah membina ‘ice stupa’, glasier tiruan yang kemudiannya membantu menyelesaikan masalah air di tempat tinggalnya.

Ciptaan itu mendapat pujian ramai pihak dan selepas filem tersebut mendapat perhatian, semakin ramai mengenali Wangchuk yang rupanya menghasilkan pelbagai ciptaan hebat.

Filem tersebut yang mula ditayangkan pada 2009 pernah mencetuskan fenomena di India malah di luar negara juga – tangga ke-12 filem paling digemari di China – dan di Malaysia, ia agak popular juga.

Filem tersebut yang mula ditayangkan pada 2009 pernah mencetuskan fenomena di India malah di luar negara juga – tangga ke-12 filem paling digemari di China – dan di Malaysia, ia agak popular juga.

Astro AWANI menyenaraikan lima fakta yang mungkin anda tidak tahu berkaitan 3 Idiots.

Wangchuk lahir pada tahun 1966 di Uleytokpo, di Kashmir. Walaupun dikenali sebagai jurutera dan pencipta hebat, dia tidak mendapat pendidikan sehingga usianya sembilan tahun kerana tiada sekolah di kampungnya.

Bapanya adalah seorang ahli politik yang kemudian

Dia kemudiannya selepas beberapa tahun, pada 2011 secara tepatnya, menyambung pengajian di Perancis dan kini, Wangchuk bukan sahaja seorang jurutera malah individu yang merevolusikan pendidikan di India.

Cukup kisah silam Wangchuk. Anda ingat lagi sekolah tempat Ranchoddas mengajar selepas tamat pengajian?

Seluruh institusi itu direka dan dibina menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utamanya.

Menariknya, SECMOL memenangi International Terra Award pada Julai 2016, ciptaan bangunan terbaik dalam 12th World Congress on Earthen Architecture di Lyon, Perancis.
Meskipun filem itu popular namun Wangchuk tidak begitu teruja mengenainya dan menegaskan masyarakat perlu melihat realiti sebenar di sebalik filem tersebut.
“Kita perlukan inovasi dan penemuan baharu dalam hidup.

“Saya tiada masalah kalau orang melihat banyak nilai diperoleh daripada filem itu. Kalau ia membantu dalam apa yang saya lakukan, saya baik-baik sahaja dengannya,” katanya seperti dipetik Hindustan Times.

Tegasnya, sistem pendidikan di India harus dipersalahkan kerana sehingga sekarang, ia tidak berkembang seiring zaman, ketinggalan berbanding negara lain.

“Kita hanya mengumpulkan mereka di kelas untuk mendengar syarahan. Kita perlu melihat semula perkara ini dan meneliti bagaimana evolusi boleh mengajar kita,” katanya.
Cukup kisah Wangchuk, di sini Astro AWANI menyenaraikan lima fakta yang mungkin anda tidak tahu berkaitan 3 Idiots.

1) Watak utama dipegang Aamir Khan pada asalnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan namun kerana beliau sibuk, produksi kemudian menawarkan peranan itu kepada Aamir dan ternyata, ia bukan keputusan yang silap.

2) Heroin filem itu, Kareena Kapoor begitu teringin bekerjasama dengan Rajkumar Hirani (pengarah 3 Idiots), jadi Kareena sendiri bertemu Rajkumar dan menawarkan diri untuk membawakan watak Pia.

3) Ini adalah kemunculan pertama Omi Vaidya (Chatur Ramalingam @ The Silencer) dalam filem Bollywood dan ternyata, dia berjaya melakukannya dengan sangat baik.

4) Filem ini dirakam secara terbalik dari segi masanya, semua babak masa terkini dirakamkan terlebih dahulu dan babak-babak di kolej dirakamkan selepas itu.

5) Watak Farhan dan Raju pernah ditawarkan kepada John Abraham dan Saif Ali Khan namun akhirnya produksi memilih memberikan watak itu kepada Ranganathan Madhavan (Farhan) dan Sharman Joshi (Raju).

BACa: “Suami nak kahwin lagi aku izinkan, tiba-tiba suami meroyan tengok aku boleh jalani hidup tanpa dia, rupanya tak cukup duit tanggung isteri muda”