PH tekad buat keputusan bersama, suara lain hanya hiburan semasa

PH tekad buat keputusan bersama, suara lain hanya hiburan semasa

Pimpinan tertinggi PH sudah buat keputusan bahawa gabungan 3 parti; PKR, Amanah, dan DAP akan kekal bagi menghadapi PRU15. Malah arahan ke semua peringkat telah dibuat bagi mengukuhkan organisasi PH sementara rundingan kerusi diadakan.

Rundingan kerusi juga hanyalah melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PPBM sebelum ini. Kerusi-kerusi lain kekal.

Semua parti komponen juga telah bersepakat untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PH berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Gabungan PH juga tidak pernah buat keputusan untuk menutup pintu dari mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak lain. Pengerusi PH sendiri bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak lain asalkan mereka menerima prinsip-prinsip yang ditetapkan.

Cukup dengan kita pegang keputusan asas di atas. Yang lain-lain tu biarlah ianya sekadar menjadi hiruk pikuk hiburan politik semasa.

Sumber: