PH Plus diikat dengan perjanjian, bekerjasama untuk halang kleptokrat

Kepercayaan ini macam inilah, kalau dapat business partner yang pandai business,jujur,business minded, baik dengan client, reti close deal memang terbaiklah; itu definasi terbaik. Tapi bila deal dengan orang, dengan sikap manusia dalam setiap pro, mesti ada cons nya. Kadang-kadang dia pandai close deal dengan customer tapi dalam masa yang sama dia ni kuat membelit.

Benda yang kita nak kena faham apa pilihan yang kita ada di tangan untuk memasak. Kalau kita dah sesat dalam hutan 3 hari tak makan, depan kita ada ular sawa, kalau nak ikut prinsip boleh mati tak makan. Nak tunggu daging ayam sembelihan tak tahu berapa lama lagi dapat keluar dari hutan. Silap2 mati dalam kelaparan dalam hutan.

PH Plus ini bagi saya bukanlah koliasi yang di ikat dari segi kepercayaan tapi di ikat dari segi perjanjian. Contoh kalau kita deal dengan pak aji yang suka menipu; boleh aje kita tak nak deal dengan dia, tapi pak aji ni kaya dan business kita pula sakit. So kita deal dengan dia tapi kena ada perjanjian bertulis sebab kata-kata “Insyallah” dari pak aji tersebut sudah tiada pemberat.

Lagi satu kena ingat dalam parlimen kini ada 222 kerusi; nak tak nak kena ambil MP dari kolam yang sama. Adakah kita nak MP yang berkuali dan jujur masuk dalam kumpulan kita? Sudah tentu tapi nak dapat yang kualiti macam mana kalau satu kolam tersebut semua ikan hak korup dan menyamun. Jadi atas prinsip darurat yang lebih besar, kita boleh berkerjasama di ikat dengan perjanjian sampai ke PRU15. PRU15 kalau kita masuk sebagai kerajaan, peluang dia lebih besar dari masuk sebagai pembangkang.

PH Plus ini bukan lah marriage of convenience; even dalam PN pun PAS bukanya nya suka sangat dengan UMNO dan Bersatu tapi depa depa boleh berkerjasama sebab sama-sama menyamun. PH-Plus ini boleh berkerjasama atas satu tujuan yang sama iaitu halang kleptokrat naik semula dan selamatkan negara.

Sama ada Tun suka DSAI, Tun benci DSAI dan DAP itu perkara peribadi antara depa. Nak cerita politik office kita sendiri pun dan tahap dewa, orang tu skandal dengan orang ni, orang tu nak jatuhkan orang ini, tapi bab kerja masing-masing profesional. Saya kira PH-Plus ini boleh berkerjasama bab politik dengan Tun dan Warisan dari segi kebajikan rakyat etc; jadi trust atau tidak itu bukan soal utama bila kita ada perjanjian bertulis.

Sumber :