PH kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Ku Nan

PH kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Ku Nan.Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

Memetik laporan dari portal Astero awani Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata, pihaknya akan meneliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian memorandum persefahaman di antara PH dan kerajaan, khususnya perkara 4, berhubung kebebasan institusi kehakiman.

Tambahnya, pembatalan rayuan itu akan mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.

“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

Menurut kenyataan itu, PH turut menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada menarik balik rayuan tersebut atau tidak.

“Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala process perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya (exhausted).

“Sehubungan itu, Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikai dan kewibawaannya tercalar.

“Maka, sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan,” katanya.

BACA: Siap sedia.. Mungkin tiada lagi subsidi haji….
BACA: PRN Melaka : Walaupun kalah, pemimpin Pas dakwa berjaya capai objektif

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: PH kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Ku Nan […]