PH akan jadi pilihan jika Adly dinobat calon Ketua Menteri

PH akan jadi pilihan jika Adly dinobat calon Ketua Menteri.

Semalam saya ada sentuh ciri-ciri memilih calon. Perlu cari yang bijak dan berpijak ke bumi. Hati juga kena ikhlas untuk Rakyat bukan untuk parti.

Dalam banyak calon muda dalam PRN Melaka saya tertarik dengan Dira (UMNO) di DUN Rim. Despite cerita-cerita personal beliau yang orang dok spin, beliau ada kualiti yang baik untuk jadi ADUN. Itu posting saya semalam.

Hari ni saya nak ulas bagaimana nak memilih pemimpin. Selain kena pilih yang cerdik, baik budi dan besar hati (magnanimous). Ada satu lagi kualiti yang kita kena tengok untuk pilih Ketua Menteri.

“Zuhud”. Itu yang dituntut. Zuhud ni maksudnya menolak nafsu cinta kebendaan, atas prinsip kepimpinan. Ini bukan bermaksud pemimpin kena berlagak miskin.

Cukup sekadar jangan melampau mewah. Hidup bersederhana jua. Cukup apa yang ada. Bila memimpin pula, perlu selalu tekankan perbelanjaan berhemat, terutamanya yang libatkan wang Rakyat.

Perlu sangat Ketua Menteri ada sifat zuhud ni. Sebab dia kepala Kerajaan. Kalau kepala pun jenis mencekau duit Rakyat, tak kira la untuk diri sendiri atau parti. Tuan puan bayangkan pula ekor2nya pula.

Kalau jenis Cash is King, dari kepala dah busuk, ia nescaya melarat sampai ke ekor.

Makanya tuan puan tepuk dada, tanya selera. Siapa calon Ketua Menteri paling kredibel antara PH, PN dan BN?

My pick is YB Adly dari Parti Amanah. Kalau saya orang Melaka, saya nak dia jadi Ketua Menteri.

PH akan jadi pilihan jika Adly dinobat calon Ketua Menteri

Orangnya jenis bijak pandai. Berlatar belakang jurusan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia. Seorang profesional, dan pernah menjadi teknokrat dan usahawan.

Rekod dia sebagai Ketua Menteri impressive. Banyak polisi yang dibuat yang lain dari yang lain. Seperti Amanah Finance House, bank negeri pertama di Malaysia. Untuk bantu SME dan usahawan.

Ada dibuat program Rumah Belia dan Rumah Peduli, untuk golongan berpendapatan rendah. Jabatan Zakat dan Mahkamah Syariah Negeri juga diperkasa. Dana Harta Bumiputera juga diwujudkan.

Yang paling saya tersentuh, dia buat penjimatan rumah Ketua Menteri. Sampai RM30,000 sebulan. Ada direkodkan.

Ada yang kata dia balaci DAP. Itu banyak nya yang dispin dan akan saya kupas dalam posting lain.

Yang paling best, saya suka cara dia berkempen. Dia tidak buat politik kebencian. Atau jenis yang suka burukkan pihak lawan. Kempennya berbentuk positif. Hanya ketengah isu rakyat dan polisi.

Satu lagi yang penting, “aura pemimpin”. Politics is an art of persuasion. Dalam 3 calon ini, YB Adly yang paling appealed to me.

He ticked both substance and form. So here you go.

#AdlyforCM, I will support!

Apa pun, #MelakaMemilih. Kita doakan mereka dapat CM terbaik.

SUMBER :

BACA JUGA : Lelaki mabuk rogol, bogelkan ibu sendiri
Masa pembangkang bakar api perkauman, sekarang laung Keluarga Malaysia – Khalid

CATEGORIES