Petronas rugi RM21 bilion untuk tempoh Mac hingga Jun tahun ini

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan kerugian selepas cukai RM21 bilion untuk suku kedua 2020 (2Q2020), berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion tempoh sama tahun lalu.

Kerugian itu diakibatkan kejatuhan terhadap pemintaan minyak dan susut nilai bernilai RM20.77 bilion susulan kejatuhan harga minyak.

Ini menjadikan rugi bersih yang direkodkan Petronas pada separuh tahun pertama 2020 (1H2020) berjumlah RM16.5 bilion berbanding keuntungan bersih RM28.9 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menyatakan, di sebalik angka suram yang direkodkan, syarikat petrokimia masih mengekalkan daya tahan syarikat itu dengan mengambil langkah strategik tanpa mengurangkan atau membuang pekerjanya bagi menampung kerugian.

Menurut Tengku Muhammad, syarikat itu sentiasa mengambil berat perihal pekerjanya dan akan menghadapi masalah tersebut ‘sebagai satu keluarga’.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/petronas-catat-kerugian-bersih-rm21-bilion-pada-suku-kedua-2020-tiada-pemberhentian-pekerja-258037