Petrol jatuh ke harga terendah

Petrol jatuh ke harga terendah

Petrol jatuh ke harga terendah. Harga minyak jatuh ke paras terendah sejak permulaan perang Ukraine berikutan kebimbangan kemelesetan global.

Namun, pasaran saham tidak mempedulikan kebimbangan sedemikian, apabila meningkat menjelang data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang akan memberikan satu lagi isyarat tahap keadaan ekonomi terbesar dunia itu.

Penanda aras hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$94.23 setong dan niaga hadapan minyak mentah AS berada pada AS$88.70 setong, selepas kedua-duanya ditutup pada paras terendah sejak Februari semasa sesi sebelumnya.

Penurunan itu sebahagiannya berikutan data yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan berlaku peningkatan inventori AS minggu lalu.

“Ia gabungan antara data inventori dan sedikit kebimbangan berhubung permintaan. Pasaran lebih bimbangkan pertumbuhan berbanding inflasi, walaupun inflasi masih lagi satu isu besar, harga minyak telah jatuh,” kata Ketua Pegawai Pelaburan bagi Asia di BNP Paribas Wealth Management, Prashant Bhayani.

Petrol jatuh ke harga terendah

Satu lagi isyarat amaran terhadap ekonomi global, keluk pulangan Perbendaharaan AS yang mengukur jurang antara pulangan dua dan 10 tahun nota Perbendaharaan, mencecah 39.2 mata asas semalaman, pembalikan paling mendalam sejak 2000.

Keluk yang berbalik kebiasaannya dilihat cenderung ke arah kemelesetan.

“Pasaran bon menjelaskan bahawa terdapat peluang amat tinggi berlaku kemeseletan, manakala pasaran saham menumpukan kepada data buruh,” kata Bhayani.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham selain Jepun meningkat 0.74 peratus, dibantu oleh kenaikan daripada indeks saham mewah TSMC, yang menokok 1.8 peratus, sekali gus memulihkan semula kerugian awal minggu ini susulan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Dalam pasaran mata wang, indeks dollar, yang mengukur mata wang AS berbanding enam mata wang utama dunia, berada pada 105.86, selepas jatuh 0.6 peratus semalaman bersama dengan penurunan pulangan AS.

Pound sterling susut pada AS$1.2142 selepas berubah semalaman selepas Bank of England menaikkan kadar faedah dan memberi amaran bahawa kemelesetan berpanjangan sedang menghampiri Britain.

Harga spot emas pula kekal stabil pada AS$1,790 seauns.

BACA:

Netizen buat pengesahan Zul Ariffin dan Ruhainies dah kahwin, ini buktinya

Lelaki menang jackpot RM11.9 Juta dari Toto, niat mahu dermakan

Selepas tular perkahwinanya dengan pak arab kaya, Laudya Cynthia Bella umum bersara

CATEGORIES