Pesawat dari India hanyalah penerbangan kargo, kata Menteri Pengangkutan

Pesawat dari India hanyalah penerbangan kargo, kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Airlines hanya membawa kargo, bukan penumpang, dalam penerbangannya ke dan dari India, kata menteri pengangkutan Wee Ka Siong.

Beliau menjawab kepada dakwaan mengatakan penerbangan dari India masih dibenarkan walaupun Majlis Keselamatan Negara sebelum ini memutuskan untuk melarang semua pengembara dari India, sama ada melalui penerbangan terus atau transit, daripada memasuki sempadan negara.

Wee berkata hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan buat masa ini dan semua penerbangan syarikat itu, seperti tular di media sosial melibatkan penerbangan kargo.

“Penerbangan pesawat penumpang juga kosong, dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

“Mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu (P2C penumpang-ke-kargo) dan dipraktikkan Malaysia Airlines selama berbulan-bulan sebelum ini susulan berlakunya pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Wee berkata, pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia ketika ini. Namun, katanya, pengecualian akan dibuat untuk warganegara Malaysia yang memasuki negara ini dari India tanpa melalui imigresen dan kastam.

“Semua kru (juruterbang, jurutera, dan kru kabin) tetap berada di atas kapal. Malaysia Airlines juga melarang mana-mana krew penyelenggaraan pesawat dari India memasuki pesawat yang berkenaan.”

Susulan larangan itu berkuatkuasa Rabu lalu, warganet berkongsi maklumat penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke India dan maklumat penerbangan kembali, menerusi hasil pencarian mereka di laman web pengesanan penerbangan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/03/pesawat-dari-india-hanya-babit-penerbangan-kargo-kata-menteri/

COMMENTS