Beliau ialah En. Hisham dari Taman Ampangan, Seremban. Seorang pesara tentera dan biasa menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan di sekitar Seremban.
Beliaulah yang saya amanahkan untuk menyediakan juadah sahur untuk petugas front liners di Hospital Tuanku Jaafar setiap pagi selama 14 hari berturut-turut.
Setiap malam, beliau akan memasak untuk 200 bungkusan dan menghantar ke hospital sebelum 3 pagi.
Kebiasaannya, beliau menyediakan juadah berbuka puasa untuk masjid namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan.
Inisiatif kita bukan sahaja dapat menyumbangkan makanan kepada front liners tetapi juga memberikan rezeki pendapatan kepada keluarga En. Hisham.
Terima kasih En. Hisham kerana sudi menjalankan amanah ini.
Sumber: