Pesan bekas isteri kepada DDNK lepas nikah baru buat semua terkejut. Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris pada Jumaat lalu.
Bekas isteri buat ucapan di FB sendiri
Sebelum ini, DDNK pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama dan mengesahkan ini merupakan perkahwinannya yang kedua selepas mula berkenalan dengan isteri sekitar September tahun lalu.
Ekoran itu, bekas isteri DDNK yang dikenali sebagai Watie ada memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah menerusi akaun Facebooknya sendiri selepas tak dapat berhubung dengan bekas suaminya kerana disekat dari media sosial.
Selamat pengantin baru buat bekas suamiku..
Saya letak kat FB saya lah sebab nak wish kat FB ‘ex’ dah kena block. Tak pe lah. Hidup kita ni jangan banyak berpusing-pusing takut nanti terjerat diri sendiri.
Jadi lah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye semuanya.
‘Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat’
Menerusi posting itu, Watie juga dilihat membangkitkan tentang keserasian walaupun telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan dikurniakan cahaya mata yang dikenali sebagai Haykal.
BACA:
Gaji badut umur 14 tahun dari Sepang cecah empat angka sebulan
Bantuan: Ini punca sebenar BKM tak masuk dalam akaun anda
Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri