“Perutku diusap kawan-kawan, aku diam, 7 tahun berlalu, pertanyaan anak aku buat aku terduduk menyesal”

Cerita saya bukan lah untuk mendedahkan aib, cuma ingin berkongsi dan minta pendapat. Rahsia kehidupan yang telah saya lalui.

Saya berusia penghujung 20 an, bekerja sebagai jurutera di ibu kota dan masih belum berkahwin.

Saya pernah terlanjur bersama bekas kekasih saya ketika berumur belasan tahun sehingga dikurniakan seorang anak yang kini berusia 7 tahun.

“Perutku diusap kawan-kawan, aku diam, 7 tahun berlalu, pertanyaan anak aku buat aku terduduk menyesal”

Kehamilan saya diketahui oleh bekas kekasih saya dan juga orang tuanya.

Kedua keluarga telah berjumpa. Namun orang tua saya cuma memberitahu bahawa mereka tidak ingin bertanggungjawab dan tidak mahu ada kena mengena dengan saya.

Baca Artikel Penuh