Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun

Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun. Seorang lelaki telah membuat penemuan bersejarah apabila menemukan artifak berusia sekitar 6000 tahun dalam perut seekor buaya berukuran lebih kurang 13 kaki atau 3.9 meter.

Lelaki yang dikenali sebagai Shane Smith yang juga merupakan seorang pemburu buaya menemui artifak bersejarah itu ketika membeIah perut buaya yang dibawa oleh rakannya, John Hamilton.

Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun

Baca Juga : [Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku

Ketika memproses buaya tersebut, Shane Smith telah menemui artifak berupa anak panah yang dipercayai digunakan oleh suku pribumi Amerika pada 5000 hingga 6000 tahun lampau.

Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun

Baca Juga : Pengunjung Taman Buaya terkejut buaya masih hidup dalam ais

Shane yang terkejut dengan penemuannya menyangka (kepala) anak panah itu terlekat pada badan haiwan lain sebelum haiwan itu dimakan oleh buaya berkenaan.

Walaubagaimanapun, pendapat itu disangkal oleh seorang ahli geologi yang percaya anak panah itu merupakan objek tunggal yang terjatuh di tanah sebelum dimakan oleh buaya itu.

Hasil pemeriksaan ahli geologi itu juga memberitahu usia artifak itu adalah di sekitar 5000 – 6000 tahun.

Penemuan itu dikongsikan di laman facebook Red Antler dengan status seperti berikut:

Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun

“Kami membelah buaya ini untuk melihat apa yang ada di dalam perutnya. Buaya yang dibawa John Hamilton hari ini memberi kejutan terbesar tahun ini ”

Perut buaya dibelah, penduduk terkejut temui artifak kuno 6000 tahun

Menurut Shane, dia kemungkinan adalah orang pertama di dunia yang menarik keluar anak panah dari dalam perut buaya.

Menurut pakar sejarah pula, artifak (anak panah) itu adalah digunakan oleh suku pribumi Amerika untuk menangkap ikan pada zaman lampau.

Baca Juga : Nabila Huda berdepan saman fitnah gara-gara status media sosial
Janna Nick holiday dengan boyfriend di luar negara, netizen tanya tidur bilik asing ke?
RCI Tabung Haji ditubuh, bekas hakim dilantik sebagai ketua

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)