Perubahan iklim, ini yang bakal terjadi kepada Jakarta

Perubahan iklim, ini yang bakal terjadi kepada Jakarta.Menteri Perancangan Pembangunan Nasional, Suharso Monoarfa memberi amaran mengenai perubahan iklim yang menyebabkan paras air laut me­ningkat.

Lapor Tempo, Suharso yang merupakan Ketua Agensi Perancangan Pembangunan Nasional (Bappenas) berkata, keadaan itu bakal mengakibatkan beberapa kawasan pesisir pantai termasuk Jakarta tenggelam dalam masa terdekat.

Jelasnya, hal itu seiring dengan kejadian mendapan tanah.

“Paras air laut di Jawa me­ningkat dan daratan di beberapa bandar mengalami mendapan. Sebanyak tujuh sentimeter mendap setiap tahun.

“Sekiranya, melebihi tujuh sentimeter, kami mahu membuat persiapan kesan perubahan iklim dan kesannya terhadap ekonomi pada tahun mendatang,” kata Suharso dalam satu mesyuarat di Jakarta Tengah baru-baru ini.

Perubahan

Menurut Bappenas, mendapan tanah di Jakarta berlaku dengan peningkatan paras air laut kira-kira 0.8 hingga 1.2 sentimeter setiap tahun.

Justeru, Bappenas bersiap sedia menghentikan kerja-kerja menggerudi telaga di Jakarta bagi mengurangkan ancaman perubahan iklim.

Kerja-kerja penggerudian te­laga boleh dihentikan sekiranya sumber air bagi penduduk Jakarta diperoleh daripada takungan se­perti Empangan Jatiluhur.

Oleh itu, Bappenas menegaskan akan meningkatkan kapasiti takungan air.

Sementara itu, Timbalan Hal Ehwal Maritim dan Sumber Asli, Arifin Rudiyanto berkata, pengambilan air dari tanah dijangka menjejaskan permukaan tanah.

Katanya, ketika ini, sebanyak 80 peratus penduduk Jakarta masih bergantung pada air dari telaga untuk memenuhi keperluan mereka.

“Ini berlaku kerana pengurusan air tidak mencapai tahap optimum,” katanya.

Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/ancaman-perubahan-iklim-jakarta-bakal-tenggelam/

BACA: Kemana hilang suara Najib sekarang?