Pertubuhan Buddha, 9 NGO sumbang katil pusat kuarantin Covid-19 di Kelantan

Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), kini disiap sedia sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid19 apabila pertubuhan amal Tzu Chi dengan kerjasama 9 NGO Kelantan menyumbang keperluan katil, tilam, selimut dan bantal untuk keperluan 140 pesakit.

Kumpulan sukarelawan tersebut tiba di PUTIK bersama sumbangan mereka pagi tadi, bukan sahaja memunggah sendiri tetapi juga turut pasang dan susun katil katil mengikut SOP.

Turut berada di lokasi ialah Timbalan Pengarah HRPZ II, Dr Mohd Azman Yacob.

Difahamkan pihak HRPZ II telah meminta kerjasama daripada Pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Malaysia cawangan Kelantan untuk tujuan tersebut pada 14 Januari berikutan pusat kuarantin sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang kian meningkat.

Menurut Ketua Pemuda Hokkien Hoay Kuan Kelantan, Ang Wei Chong, katil jenis mudah alih tersebut dipinjam daripada pihak Tzu Chi, manakala tilam dan bantal disumbang oleh 9 NGO.

Sembilan NGO terbabit selain Hokkien Hoay Kuan Kelantan ialah Persatuan Lam Ann Kelantan, Persatuan Shing Ann Kelantan, Persatuan Eng Choon Kelantan, Persatuan Chin Kang Kelantan, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, YMM Negeri Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Kelantan State Amulet Club. – FB

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people