Pertandingan siapa paling malas, lelaki ini dedah bagaimana nak kekalkan kemalasan

JIKA wujud pertandingan yang layak disertai sesiapa sahaja, mungkin ini adalah pertandingannya.

Di negara Montenegro, ada dianjurkan pertandingan bermalas-malasan, sesiapa yang boleh kekal terbaring atas katil paling lama akan dinobatkan juara.

Seramai tujuh peserta masih bertahan pada hari ke-21 pertandingan bagi merebut kemenangan dalam saingan digelar sebagai “Penduduk Paling Malas Montenegro’.

Pertandingan siapa paling malas, lelaki ini dedah bagaimana nak kekalkan kemalasan

Penganjur Mico Blagojevi, mengatakan pertandingan itu kali pertama kali diadakan 12 tahun lalu, sebagai cara menyindir mitos mendakwa orang Montenegro adalah pemalas.

Peserta, Aksic, 38, berkata, dia tidak ada masalah dan mahu terus berjuang dalam pertandingan itu.

“Kami semua baik-baik saja dan tiada masalah kesihatan.

“Mereka (penganjur) ‘memanjakan’ kami dan apa yang perlu kami lakukan hanya terus berbaring,” katanya kepada pemberita.

Bagi Filip Knezevic, 23, dari bandar utara Mojkovac, dia sangat teruja kerana berpeluang kali pertama menyertai pertandingan unik itu.

“Kami mempunyai semua yang kami perlukan di sini, malah masa berlalu dengan cepat.

“Saya yakin akan memenangi hadiah 1,000 euro (RM5,013.34). Tip nak menang mudah saja, anda kena sibukkan diri, main telefon pintar atau game di laptop, masa akan berlalu begitu cepat,” katanya.

Seramai 21 peserta mengambil bahagian pada awal pertandingan pertengahan Ogos lalu, sebelum jumlah itu berkurangan kepada hanya tujuh orang orang yang bertahan dengan berbaring di atas tanah.

Peserta dibenarkan makan, minum, menggunakan peranti mereka dan membaca dengan syarat mesti melakukan semua itu sambil berbaring.

Mereka dibenarkan untuk berehat di bilik mandi sekali setiap lapan jam. Jika mereka didapati duduk atau berdiri di luar, masa itu mereka akan kehilangan kelayakan serta-merta.

Rekod sebelum ini dipegang Dubravka Aleksic, apabila berada di atas katil selama 117 jam pada 2021.

Tetapi, kini, rekod itu nampaknya akan diatasi apabila tujuh pesaing yang tinggal kini berbaring lebih 460 jam

BACA: “Aku pelik baru 3 kali sentuh isteri dah mengandung, lepas bersalin aku terkejut tengok baby takde rupa macam aku, rupanya..”