Pertama kali dalam sejarah, Datuk Bandar New York benarkan azan dilaung setiap hari jumaat

Datuk Bandar New York City Eric Adams mengumumkan bandar raya itu akan membenarkan laungan azan

Di benarkan pada waktu yang ditetapkan setiap hari Jumaat

“Sudah terlalu lama wujud kekeliruan mengenai komuniti mana yang tidak dibenarkan untuk melaungkan azan mereka.

Pertama kali dalam sejarah, Datuk Bandar New York benarkan azan dilaung setiap hari jumaat

“Hari ini, kami mengetepikan kerenah birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas untuk mengumandangkan azan pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan tanpa perlu memohon kebenaran,” lapor Agensi Anadolu memetik sidang akhbar Adams pada Selasa.

Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil dari pelbagai persatuan masjid dan yayasan Islam itu, Adams berkata: “Anda bebas mengamalkan kepercayaan anda di New York City kerana di bawah undang-undang kita semua berhak mendapat layanan yang sama. Pentadbiran kami amat berbangga dengan mencapai pensetujuan ini”.

Baca Artikel Penuh