Persiapan kahwin habis musnah angkara kerajaan yang gagal mengurus

Persiapan kahwin habis musnah angkara kerajaan yang gagal mengurus

Demikian nasib pasangan suami isteri, Norsharmiela Sanusi, 28, dan pasangannya Kamal Harith Mohd. Alohar, 29, yang dua kali terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, kira-kira 70 peratus persiapan majlis yang sudah pun dilakukan mereka sebelum ini turut ‘musnah’ ekoran PKP dan yang paling mengecewakan adalah wang pendahuluan yang dibayar untuk pakej perkahwinan hangus begitu sahaja.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norsharmiela berkata, dia dan suaminya tidak bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin walaupun sudah bernikah pada 21 Disember tahun lalu.

“Mengikut perancangan kami hendak bernikah sebelum hari raya Aidilfitri 2020 tetapi atas faktor PKP kami tunda ke tarikh lain dan mendapat kebenaran untuk bernikah pada 12 September tahun lalu.

“Bagaimanapun, majlis nikah sekali lagi ditunda atas faktor kes makin meningkat dan akhirnya kami dapat kebenaran bernikah pada 21 Disember tahun lalu dan majlis berlangsung di masjid,” katanya.

Menurut Norsharmiela, biarpun ketika ini kerajaan membenarkan kenduri diadakan, namun kekecewaan lalu membuatkan mereka serik dan bimbang.

Sementara itu, bagi pasangan Khatijah Yazid dan Mohamad Shahril Mohamad Zaini yang masing-masing berusia 31 tahun, kenduri kahwin tetap akan diadakan selepas merentas negeri dibenarkan.

“Kalau diikutkan, kenduri sebelah pihak perempuan boleh diadakan kerana keluarga saya tinggal di Felda Neram 1, namun saya dan suami menetap di Selangor, jadi kena tunggu tunggu Majlis Keselamatan Negara (MKN) umun rentas negeri dulu.

“Persiapan sudah 80 peratus siap untuk kenduri dan nikah tetapi kerana PKP kenduri perlu ditangguh. Perasaan sedih tu ada juga tetapi demi keselamatan kami akur,” katanya yang selamat bernikah pada 12 Februari lalu.

Berita penuh :https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/70-peratus-persiapan-kahwin-musnah-ekoran-pkp/