Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen

Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen.Persatuan Rohingya Malaysia Kedah merayu campur tangan kerajaan dalam menangani isu etnik Rohingya dalam tahanan Depot Imigresen di negara ini kerana sebahagian daripada mereka didakwa memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Pengerusinya, Yusof Ali, mendakwa tindakan tahanan etnik itu melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu awal pagi tadi berkemungkinan disebabkan mereka sudah terlalu lama berada di dalam depot itu.

“Ada di antara mereka (tahanan) mempunyai dokumen seperti surat sementara dan kad UNHCR.

“Namun, apabila surat atau kad itu ditunjukkan kepada pihak berkuasa, anggota bertugas akan menangkap mereka dan mendakwa surat atau kad itu adalah palsu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis bersama agensi berkaitan sedang mengesan baki 205 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, awal pagi tadi.

Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 528 daripada 663 tahanan di depot imigresen itu melarikan diri jam 4.30 pagi sebelum 88 daripadanya ditahan semula dengan bantuan penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak Imigresen.

Yusof berkata, kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan UNHCR untuk memberi penyelarasan tempoh dokumen kepada etnik Rohingya supaya mereka tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan kad suruhanjaya itu.

Katanya, terdapat pelarian etnik itu terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk mendapatkan kad berkenaan.

“Ada antara mereka ini sebenarnya mempunyai ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak di dalam depot.

“Tiada negara yang mahu terima etnik kami, sekarang semuanya bergantung kepada atas budi bicara kerajaan Malaysia,” katanya.

TONTON :

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen […]

  • […] Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen […]