Persatuan Bomoh buat laporan polis selepas 'trick' terbongkar sampai takda job

Persatuan Bomoh buat laporan polis selepas ‘trick’ terbongkar sampai takda job

Persatuan Bomoh buat laporan polis selepas ‘trick’ terbongkar sampai takda job. Gara-gara ‘trick’ dan helah sering didedah hingga diketahui ramai, Persatuan Bomoh Se-Indonesia tekad membuat laporan polis terhadap Pesulap Merah, lapor Banjarmasin.

Menurut laporan, Pesulap Merah atau nama sebenarnya Marcel Radhival dilaporkan kepada Polis Bandaraya Jakarta Selatan kerana pendedahannya dianggap mencemarkan nama baik bomoh.

Bagi persatuan rasmi itu, pendedahan demi pendedahan mengenai pelbagai helah oleh Pesulap Merah dilihat sebagai sesuatu yang merugikan ‘periuk nasi’ mereka.

Ekoran itu, pihak polis menerima banyak laporan mengenai lelaki berkenaan, terutamanya yang dilapor oleh wakil Persatuan Bomoh Se-Indonesia, Agustiar pada 10 Ogos baru-baru ini.

Ketua Polis Bandaraya Jakarta Selatan, Yandri Irsan mengesahkan pihaknya sudah menerima banyak laporan polis daripada persatuan bomoh tersebut.

Sementara itu, jurucakap polis, AKP Nurma Dewi berkata, Pesulap Merah dituduh melanggar Undang-undang Informasi & Transaksi Elektronik (ITE) berdasarkan laporan yang diterima.

Hal tersebut adalah kerana lelaki berambut merah itu sering membuat pendedahan dan pembongkaran menerusi kandungan (content) yang dimuat naik di Youtube.

Persatuan Bomoh buat laporan polis selepas 'trick' terbongkar sampai takda job

“Dalam sebuah videonya, dia (Pesulap Merah) mendakwa perubatan bomoh adalah satu penipuan,” katanya, memetik Banjarmasin.

Difahamkan, persatuan bomoh itu turut berasa tersinggung kerana mengatakan video-video yang dimuat naik di media sosial dan tular telah membuatkan ‘job’ mereka semakin sepi.

Sehubungan itu, beberapa saksi akan dipanggil polis bagi membantu siasatan mengenai dakwaan kesalahan melanggar Undang-undang ITE tersebut

Imbas kembali laporan terdahulu, pernah juga berlaku kes jenayah melibatkan bomoh, namun kali ini si pelakunya adalah bomoh itu sendiri seperti dalam satu kejadian di Indonesia kira-kira tujuh bulan lalu.

Merujuk laporan terdahulu, seorang bomoh berusia 54 tahun ditahan setelah didapati merogol tiga orang remaja bawah umur dengan alasan untuk memberikan ‘azimat pengawal’ kepada mangsa.

Menurut laporan Sindo News, lelaki yang berasal dari Kecamatan Kembayan Kabupate Sangau, Kalimantan Barat itu melakukan perkara tersebut pada pertengahan bulan Disember 2021 ketika ketiga-tiga mangsa ikut serta dalam aktiviti rawatan bersama ibu bapa mereka di rumahnya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sanggau, AKP Tri Prasetyo ketika itu berkata, suspek telah memberikan ‘azimat’ kepada tiga mangsa tersebut, kononnya untuk melindungi diri mereka.

Selepas itu suspek telah meminta mereka masuk ke dalam bilik khas untuk menjalankan upacara pemeliharaan diri.

“Di bilik khas ini, ketiga-tiga mangsa telah dicabul dan disetubuhi oleh suspek,” kata Tri Prasetyo, memetik laporan tersebut.

Ujarnya lagi, ketiga-tiga mangsa telah memberitahu ibu bapa mereka selepas diserang secara seksual oleh suspek dan seterusnya melaporkannya kepada pihak polis.

BACA:

Pengotor! Pengunjung RX-Z members biar sampah merata-rata

Kapal LCS: Bekas Panglima Tentera Laut akan didakwa di mahkamah hari ini

CATEGORIES