Pernah dipaksa buka tudung jika nak bekerja di Korea, wanita ini buktikan mampu buka restoran di Korea

Ramai yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki di bumi Korea. Jika bukan untuk bercuti, ada yang sudah memasang angan-angan

untuk melanjutkan pelajaran di sana dan sambil-sambil itu bolehlah buat kerja separuh masa di sana.

Suatu ketika dahulu pernah tular perkongsian TikTok Kim Seri Eina yang mana dia memberitahu bahawa tidak mudah untuk mendapatkan kerja di sana..

Pernah dipaksa buka tudung jika nak bekerja di Korea, wanita ini buktikan mampu buka restoran di Korea

Atas sebab menyambung pelajaran di Korea, dia berkongsikan kepada orang ramai pengalamannya beberapa kali diminta untuk membuka tudung jika mahu bekerja.

Walaupun hanya sebagai pembantu untuk memotong bahan-bahan masakan seperti bawang, majikan di sana masih tidak menerima pekerja yang bertudung.

@kimseri_eina Pov : Impian membuka kedai makan 3 tingkat di Korea tercapai 🥹 #kimserirestaurant #kimseridiseoul ♬ 시작 – 가호


Namun, baru sahaja tular di tiktoknya di mana dia berkongsi video yang mana dia telah berjaya membuka sebuah restorannya sendiri di bandar Myeongdong dengan nama KIM SERI.

perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan masing-masing berasa kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Kim Seri.

“Rancangan tuhan dan aturan nya sentiasa ada untuk yg percaya chayo2 kimseri u are the best bangga lah dari msia bole buka shop kat korea”

“terbaiklah kak. dari seorang guru di malaysia boleh buka bisnes di korea”

“Happy for you kak!tahniah2 if saya ke korea nanti,pasti singgah sini!”

“Wow dah ada restoran ..tahniah semoga reziki sis dsna lancar & dpermudahkan segala urusan”

“Allahuakbar… Tahniah syukur alhamdulillah hebat anak Malaysia. All the best “

“tahniah!!!. bangga tengok ank Malaysia ada bizz di negara luar. moga sukses selalu.”

Baca juga: “Aku pelik isteri kata seminggu 3-4 kali balik lambat sebab ada OT, sampailah aku terjumpa slip gaji dia, rupa-rupanya dia..”