Walaupun Muhyiddin mengumumkan pengeluaran wang KWSP bermula 1 April namun sistem online KWSP i-Lestari hanya akan membuka permohonan secara talian pada 1 Mei. Bermakna permohonan sebelum itu perlu ke kaunter?
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan pengeluaran wang caruman melalui program i-Lestari secara dalam talian mulai 1 Mei ini.
Beliau berkata kaedah pengeluaran secara dalam talian lebih efisien dan selamat selain boleh diproses dengan lebih cepat dalam tiga hari bekerja berbanding kaedah lain iaitu menerusi e-mel atau pos yang perlu melalui proses semakan terperinci selain mengambil masa lebih lama.
“Kaedah ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa sekarang.”