Permohonan Najib Razak, Irwan Serigar bebas daripada pertuduhan pecah amanah ditolak mahkamah

Permohonan Najib Razak, Irwan Serigar bebas daripada pertuduhan pecah amanah ditolak mahkamah permohonan i sinar permohonan bpr permohonan i citra permohonan bpr 2021 bpr.hasil.gov .my permohonan i citra permohonan i sinar permohonan permohonan bpr 2021 online permohonan bpr online permohonan i sinar kwsp

 

Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah agar mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion.

Menurut laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian atas alasan permohonan tersebut hanya boleh dibenarkan sekirannya pihak pendakwaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes itu.

“Dalam kes ini, pihak pendakwaan bersedia dengan kes mereka. Hari ini cuma untuk pengurusan kes sahaja dan tarikh perbicaraan belum ditetapkan,” katanya.

Hakim tersebut turut menyatakan, kes itu sebelum ini telahpun ditetapkan untuk mula dibicarakan selama 32 hari sekitar September dan Oktober 2021 namun terpaksa dilapangkan.

Mengikut prosiding terdahulu, perbicaraan kes itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada dua perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib.

Permohonan Najib Razak, Irwan Serigar bebas daripada pertuduhan pecah amanah ditolak mahkamah permohonan i sinar permohonan bpr permohonan i citra permohonan bpr 2021 bpr.hasil.gov .my permohonan i citra permohonan i sinar permohonan permohonan bpr 2021 online permohonan bpr online permohonan i sinar kwsp

Terdahulu, Najib dan Mohd. Irwan melalui peguam bela masing-masing membuat permohonan tersebut atas alasan mereka `digantung tak bertali’ apabila kes itu masih belum dibicarakan sejak tiga setengah tahun yang lalu.

Najib dan Mohd. Irwan Serigar didakwa pada 24 Oktober 2018 dan masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Peguam bela, Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd. Irwan dalam hujahannya menyatakan, kes itu telah disebut sebanyak 14 kali di mahkamah sejak Oktober 2018.

Ujarnya, pihaknya tidak meragui mahkamah atau pendakwaan tetapi mereka tidak mendapat tarikh perbicaraan yang sesuai berikutan Najib turut menghadapi pelbagai pertuduhan lain di mahkamah berbeza.

“Pihak kami mendapat makluman daripada peguam beliau, bahawa tarikh yang masih tersedia hanya pada tahun 2023. Jika Yang Arif membenarkan permohonan ini, pihak pendakwaan boleh mengemukakan semula pendakwaan pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib turut menyatakan perkara serupa iaitu perbicaraan kes pecah amanah itu masih lagi belum bermula walaupun sudah hampir empat tahun pendakwaan dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi ketika membantah permohonan tersebut menyatakan adalah tidak adil sekiranya kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan pada peringkat ini.“Pendakwa raya mewakili orang awam yang ingin melihat kes ini dibicarakan, bukan boleh dilepas dan dibebaskan begitu sahaja.

Kami bersedia untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh,” katanya.

Selain itu, Muhammad Saifuddin turut memaklumkan pihaknya bercadang untuk memanggil di antara 60 hingga 70 orang saksi untuk memberikan keterangan.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 hingga 4 April, 8 hingga 11 April dan sepanjang Mei 2023 bagi perbicaraan kes itu.

Hakim itu juga memerintahkan pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan dokumen berkaitan kes kepada peguam bela dua minggu sebelum perbicaraan bermula.

Najib dan Mohd. Irwan didakwa melakukan pecah amanah tersebut di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tonton juga:

Baca juga:

Tak puas hati dibuang kerja kerana komen di FB Najib, lelaki ini bawa ke mahkamah dan menang

Detik kalah PRU14, Najib pernah pujuk Anwar keluar PH

Pemimpin Bersatu pertikai Najib terus dapat keistimewaan

CATEGORIES