Parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) perlu mempromosikan logo Pakatan Harapan kepada orang ramai sekiranya mahu menggunakan logo berkenaan dalam PRU 15 nanti.
Ketua AMANAH Kawasan Parit Buntar, Adnan Abdul Rahman berkata, penggunaan logo PH semasa pilihanraya hanya berlaku semasa beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang lalu.
“Logo PH hanya muncul semasa pilihanraya kecil, hanya ada di kertas kenyataan media PH.
“Ada PRK yang dimenangi PH menggunakan logo PH , ada juga yang kalah. Persoalannya, adakah pengundi sudah mengenali logo PH?” tanya Adnan.
Beliau ditemui semasa menyaksikan pemasangan tiang bendera bersaiz besar di Batu 11, JalanPantai, Tanjung Piandang.
Adnan berkata, AMANAH Parit Buntar telah menjalankan kempen pemasangan bendera HARAPAN di seluruh Parlimen Parit Buntar selepas Mesyuarat Tahunan AMANAH kali ke 5 awal September lalu.
“Kita tela hmemasang bendera HARAPAN di Parit Buntar bertujuan memperkenalkan bendera HARAPAN kepada pengundi di ParitBuntar.
“Pengundi yang belum kenal logo PH akan mengenali logo ini melalui pemasangan bendera HARAPAN “ katanya.
Beliau berkata, parti-parti yang mahu PH gunakan logo PH dalam PRU 15 kena buktikan bersungguh-sungguh mahu menggunakan logo PH.
“Ini tidak, bercakap di media berkeras mahu guna logo PH, tapi parti sendiri tidak pun mempromosikan logo PH.
“Logo PH tidak dipromosi secara besar-besaran, tidak dikibar di merata-rata tempat. Jika ada program politik hanya ditayang logo parti sendiri” katanya.
Menurutnya, semasa memerintah pemimpin PH tidak menggunakan kesempatan mempromosi logo PH secarabesar-besaran.
“ Boleh lihat di semua tempat di seluruh negara, ada kita lihat logo PH di pasang, ada bendera PH dikibar.
“ Cuba lihat bila PN memerintah, logo PN dipromosi secarabesar-besaran. Semua bungkusan sumbangan rakyat diletakkan logo PN. Akhirnya , logo PN dikenali oleh rakyat walaupun dibenci” katanya.
Tambahnya, Majlis Presiden PH perlu buat keputusan segera berkaitan logo PH untuk PRU 15.
“Keputusan berkenaan penggunaan logo PH untuk PRU 15 perlu dipercepatkan,masih ada masa untuk memperkenalkan logo PH.
“ Jika keputusan penggunaan logo PH ini disepakati, Semua parti dalam PH perlu berusaha mempromosi logo ini secara besar-besaran. Bendera PH perlu diperbanyakkan di semua kawasan” katanya.