Perlu ada ujian saringan di pintu masuk Langkawi, kata Tun M

Perlu ada ujian saringan di pintu masuk Langkawi.Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya mewajibkan ujian saringan Covid-19 di pintu masuk ke Pulau Langkawi sebagai langkah berjaga-jaga penularan virus tersebut.

Dr. Mahathir berkata demikian dalam ciapan akaun Twitter beliau dengan merujuk kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa tidak diwajibkan ke atas individu untuk menjalani ujian calitan bagi memasuki pulau tersebut.

“Langkawi dibuka untuk pelancong. Tetapi saya fikir ujian saringan wajib semasa tiba di pintu masuk masih diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Dr. Mahathir.

ujian

Semalam, Nancy memaklumkan Saringan Covid-19 untuk kunjungi Langkawi tidak diwajibkan.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September ini.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/tun-m-cadang-ujian-saringan-di-pintu-masuk-langkawi/

BACA: Ulama Pas tak kisah kerajaan tumbang, asalkan MN tak pecah

COMMENTS