Perlantikan Speaker baharu meragukan – Pemuda Amanah Melaka

Pemuda Amanah amat kesal dengan tindakan Adun dari Perikatan Nasional yang melantik Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu setelah Speaker menangguhkan mesyuarat pagi tadi. Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker itu diakukan tanpa kehadiran Adun PH, sejam selepas sidang Dun ditangguhkan.

Berdasarkan perlembagaan Negeri Melaka, Sidang DUN tidaklah boleh dijalankan selama jawatan Speaker itu masih kosong kecuali untuk memilih seorang Speaker.

Tetapi semua sedia maklum bahawa jawatan Speaker yang asal masih ada dan DUN masih belum di bubarkan.

Pagi tadi Speaker Datuk Wira Omar Jaafar menangguhkan persidangan DUN ke satu tarikh yang lain kerana berlaku kekecohan di dalam Sidang DUN.Oleh yang demikian, perlantikan speaker DUN yang baharu meragukan.

Pemuda Amanah amat kesal dengan tindakan Adun Perikatan Nasional ini kerana bukan sahaja seolah membelakang perlembagaan Negeri Melaka dan kuasa Speaker, bahkan memberikan gambaran yang kurang baik dalam sistem Demokrasi.

Pemuda Amanah berpandangan, tindakan Adun PN adalah sangat tidak matang, terutama apabila Adun PN mengeluarkan kata-kata kesat berulan-ulang kali, selain menonjolkan sifat tamakkan kuasa yang telah sinonim dengan mereka selama ini.

Pemuda Amanah juga amat kesal kerana Sidang Dun ini langsung tidak membincangkan kemaslahatan rakyat akibat wabak Covid-19 ini. Ketua Pembangkang YB Adly mewakili Pakatan Harapan telah mengusulkan satu plan komprohensif bagi menangani wabak Covid-19 dari sudut Ekonomi dan sosial rakyat Negeri Melaka.

Benarlah, kerajaan PN sememangnya bukan kerajaan pilihan rakyat. Mereka hanya tahu memikirkan kuasa dan jawatan, jauh sekali menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat jelata yang seharusnya menjadi keutamaan kerajaan yang memerintah.

Muhammad Khomeini Bin Kamal
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negeri Melaka

Sumber: