Perintah berkurung di Australia gagal, kes terus naik

Kes jangkitan di Australia memuncak sekali lagi hari ini biarpun perintah berkurung sudah dilanjutkan, dengan pihak berkuasa memberi amaran keadaan itu akan bertambah buruk dan boleh menjejaskan ekonomi negara ini.

Di New South Wales, sebanyak 124 kes baharu dilaporkan dan merupakan yang tertinggi dalam tempoh 16 bulan.

Kebanyakan kes jangkitan direkodkan di Sydney yang sudah pun menjalani perintah berkurung selama sebulan.

Negeri Victoria yang masuk minggu kedua jalani perintah berkurung merekodkankan sebanyak 26 kes iaitu meningkat dari 22.

Sydney yang menempatkan kira-kira 25 juta penduduk dijangka menamatkan perintah berkurung pada 30 Julai ini, namun Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian memberi gambaran bahawa situasi itu mungkin tidak akan berlaku.

Katanya, kes jangkitan perlu ‘sifar’ dan banyak penduduk divaksin, barulah perintah berkurung boleh ditamatkan.

“Vaksinasi adalah kunci kepada kebebasan kepada semua penduduk Australia,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/perintah-berkurung-di-australia-tak-jalan-kes-terus-meningkat/

BACA JUGA : Panas !!! Ebit Lew jawab dakwaan Nadir Al-Nuri