Pergi pertandingan memancing, pulang bawa Ford Mustang

Pergi pertadingan memancing, pulang bawa Ford Mustang.Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitu juga nasib seorang pemancing yang telah memenangi sebuah kereta idaman jejaka Malaya iaitu sebuah Ford Mustang pada sesi cabutan bertuah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Kedah Kini, pemenang kereta tersebut berasal dari, Muar Johor dan baru berusia 24 tahun.

Dia telah memenangi hadiah cabutan bertuah terbabit ketika menyertai pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah hari ini.

“Tahniah adik yang baru berumur 24 tahun, orang Johor, dapat cabutan bertuah kereta Ford Mustang di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah,” tulis Kedah Kini.

Pergi pertadingan memancing, pulang bawa Ford Mustang

Difahamkan harga kereta tersebut sekitar RM450,000 sehingga RM570,000 bergantung kepada varian dan kuasa kudanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda terbabit dan menganggap hadiah tersebut adalah rezeki pembuka tahun baharu.

“Ini betul-betul rezeki tahun baharu, tahniah bro, jaga elok-elok kereta itu. Kalau ex (bekas kekasih) tengok ni mesti menyesal habis,” tulis Kaki Pancing Sabah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rashid Mawi.

“Para isteri jangan dilarang jika suami keluar memancing, kadang-kadang rezeki bukan sahaja setakat ikan malah boleh bawa balik kereta,”tulisnya pada ruangan komen.

BACA JUGA :

Kesan serius vaksin hingga ada kes kematian di Penjara Kajang dilaporkan, KKM jalankan siasatan
Panas !!! 3 nama dilapor dari Bersatu untuk jawatan TPM

Artikel ini disiarkan pada 04/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)