“Perempuan bab siasat ni memang cekap, cepat dan tepat, rupanya 23 tahun PJJ dengan suami, rupanya ada isteri orang yang jaga perut suami!”

Salam semua. Sebelum ke point utama, saya nak perkenalankan diri dulu. Saya seorang isteri yang PJJ dengan suami, dia di utara saya di selatan.

Kami hanya dapat jumpa dalam sebulan sekali. Kami sama – sama kerja swasta.Saya 40 tahun dan suami lewat 50an. Kami mempunyai 3 orang anak

Benarlah, hidup manusia mana yang tak pernah diuji, begitu juga dalam perkahwinan. Perkahwinan mana pun akan ada ujian, termasuk kami yang dah berkahwin 23 tahun.

"Perempuan bab siasat ni memang cekap, cepat dan tepat, rupanya 23 tahun PJJ dengan suami, rupanya ada isteri orang yang jaga perut suami!"

Apa yang membuatkan saya nak menulis di sini, sebab saya memang nak pendapat terutama yang dah lama kahwin. Baru – baru ni masa suami balik bercuti, tergerak hati nak tengok whatsapp suami. Selama ni pun memang jarang saya nak cek tengok HP suami.

Gerak hati isteri tu memang betul kan? Maka. Terjumpa lah 1 chat ni. Seorang staff wanita dari tempat kerja suami cuma dia department lain. Dan sedihnya dia ni isteri orang, dari apa yang suami saya cakaplah. Dari segi rupa paras dah lewat 30-an. Profile pic di whatsapp pun memang bersama suami dia.

Baca Artikel Penuh