Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak

Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak

Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak. SERINGKALI kita dengar penghantar makanan atau food rider menjadi mangsa tipu helah atau prank yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan cubaan menipu mereka demi kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kepenatan dan kepayahan golongan rider ini cukup tidak bermoral.

Sebagaimana dikongsian dalam Grup B40 Buat Perangai Apa Harini di Facebook oleh seorang lelaki yang bekerja dalam industri tersebut, dia menceritakan mengenai pengalaman berdepan dengan pelanggan daripada golongan kaya yang dilabel sebagai T20.

Jelasnya, dia berdepan kes tuduhan kononnya makanan yang dipesan tidak dihantar dan pelanggan cuba mendapatkan bayaran balik bagi pesanan dibuat.

“Hari ni aku bukan nak cerita fasal B40 (Below 40), tetapi T20.

Perangai jahat T20 diam-diam kutip selepas rider tinggalkan terbongkar, buat aduan makanan tak sampai pulak

“Aku hanya rider food saja. Dah dua hingga tiga kali terjadi apabila aku sampai rumah customer, call tak jawab, tekan loceng tak buka pintu. Alih-alih dapat aduan kononnya makanan tak sampai,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun, demi tidak mahu perkara sama berulang, lelaki ini berkongsi kisah bagaimana dia berjaya mengatasi masalah diperdaya oleh pelanggan yang melakukan helah bagi mendapatkan makanan percuma.

“Ada hari tu saya dapat job hantar makanan Korea (hidangan makanan ala Korea) ke Mont Kiara. Rumah kawasan orang ada-ada (golongan berada).

“Sampai saja depan rumah dia, saya telefon dua hingga tiga kali tak dijawab, tekan loceng tak buka pintu tapi saya perasan ada orang mengintai daripada langsir.

“Saya letak makanan atas tembok pagar dan saya tahu dah modus operandi si T20 ni nak makanan free. Saya start motosikal jalan depan sikit dan berhenti bawah pokok.

“Dalam tiga hingga empat minit keluar tuan rumah tu. Ambil makanan atas tembok sambil saya merakam dengan handset,” katanya lagi.

B40 pun ada yang perangai macam tu… kena ingatlah sama tentang halal haram.
NETIZEN

Sangkaan lelaki ini tidak meleset apabila selang 40 minit kemudian, dia menerima panggilan daripada wakil khidmat pelanggan syarikat penghantar makanan.

Dalam aduan tersebut, pelanggan ini menyatakan bahawa makanan dipesan tidak diterima.

Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut meminta pulangan wang sebanyak RM100 sebagai ganti.

“Saya bagi gambar nombor rumah dan makanan yang saya letak tadi kepada customer service. Pelanggan masih mempertahankan bahawa dia tak terima makanan tu.

“Akhirnya saya bagi bukti video pula. Barulah dia mengaku kononnya lupa padahal dah masuk perut, jadi tahi dah makanan tu.

“Tanyalah rider food e-hailing mesti pernah terkena. Bagi by hand pun boleh report kata makanan tak sampai. Yang tak bijak tak ambil gambar masa serah tu memang kenalah,” ceritanya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang tidak menyangka bahawa adanya insan sedemikian rupa.

Bagaimanapun terdapat warga maya turut menyatakan bahawa perilaku seperti itu tidak semestinya berlaku kepada golongan T20 sahaja.

“Bab makan ni kalau orang miskin pun order boleh bayar, tak kan orang berduit pun sampai sengkek nak makan buta saja.

“T20 kadang-kadang tak kisah, janji dia untung. B40 pun ada yang perangai macam tu. Kena ingatlah sama tentang halal haram.

“Sebenarnya bukan M40, T20 or B40. Tapi individu itu sendiri yang tak ukur baju badan sendiri. Lepas tu salahkan rider gara-gara nak makan free.

“Kepada rider food, dah hantar, minta izin untuk ambil video atau gambar sebagai bukti penyerahan pesanan. Kalau tak naya kena potong gaji,” komen netizen pada hantaran asal.

 

BACA:

Mira Filzah tunjuk muka anaknya, benda dalam rumah pula jadi perhatian netizen

Noh Hujan selamba ludah pada penonton masa konsert, “ni kalau ada Covid..”

Lelaki jadi jutawan sekelip mata, mesin ATM tiba-tiba rosak

CATEGORIES